eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Telemovie Kisah Hidupku Lakonan Khayrisyah Kemal, Nadiya Nisaa

Saksikan telefilem khas raya 'Kisah Hidupku' Khayrisyah Kemal, Nadiya Nisaa dan Fizz Fairuz yang akan bersiaran pada Raya Kedua, 10 pagi di TV3.

JUDUL : KISAH HIDUPKU
WAKTU SIARAN : Isnin, 25 Mei 2020, 10.00 pagi
SIARAN TV : TV3
PENULIS SKRIP : Aieesya Nur Adam
PENGARAH : Dir Fitry (Aidilfitri Mohamed Yunos)
PRODUKSI : Al Hidayah Productions Sdn Bhd
PELAKON : Khayrisyah Kemal, Nadiya Nisaa, Fatimah Abu Bakar, Fizz Fairuz, Erynne Erynna, Safwan Nazri, Indah Emeerlda, Adriana DFKL, Ameerul Asyraf

SINOPSIS KISAH HIDUPKU

Ain mula memberontak selepas ibu bapanya bercerai. Keadaan menjadi lebih teruk selepas ibunya berkahwin lagi. Ain mula rapat dengan Farah yang sangat popular dalam kalangan rakan sekolahnya. Farah berasal dari keluarga yang kaya.  Oleh kerana ibu Ain tidak mampu memberi apa yang Ain inginkan, Ain mula bekerja secara sambilan. Dengan wang gaji yang diperoleh, Ain dapat membeli pakaian yang cantik. Penampilan baharu Ain telah menarik perhatian, Rudy yang ingin mengambil kesempatan atasnya.