eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Telemovie Tiada Galang Ganti Lakonan Raja Atiq, Muntazar Ghufran

Saksikan telefilem 'Tiada Galang Ganti' lakonan Raja Atiq, Muntazar Ghufran dan Puteri Adrianna pada hari Raya Pertama (Ahad, 24 Mei 2020) pukul 10:00 pagi di TV3.

JUDUL : TIADA GALANG GANTI
WAKTU SIARAN : Ahad, 24 Mei, 2020 , 10:00 pagi
SIARAN TV : TV3
PENGARAH : Along Kamaludin
PRODUKSI : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Raja Atiq, Muntazar Ghufran, Puteri Adrianna, Fimie Don, Izzendra DFKL, Dilla Ahmad, Badrul Muhayat, Zack Kool

SINOPSIS TIADA GALANG GANTI

Alif selalu mengeluh setiap kali ibu bapanya hanya dapat menyediakan telur goreng sebagai hidangan mereka. Dia seolah-olah tidak memahami bahawa mereka menjalani kehidupan yang susah dan hanya itu yang ibu bapanya mampu. Malangnya, ibu bapanya meninggal dalam kemalangan dan Alif harus menjaga adik-adiknya. Mereka selalu mengeluh kerana hanya dapat memakan telur goreng. Barulah dia tahu bagaimana perasaan orang tuanya dan berharap dia dapat mengulangi masa untuk meminta keampunan.