eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Topeng Muka ‘Transparent’ Bantu Golongan Bermasalah Pendengaran

Setiap insan pasti sedang mengalami kesukaran ketika wabak COVID-19 masih lagi belum reda di seluruh dunia. Golongan yang mengalami masalah pendengaran juga tidak terkecuali daripada menghadapi kesukaran.

Golongan ini mengalami kesukaran untuk berkomunikasi apabila berhadapan dengan individu yang memakai topeng muka. Hal ini menyukarkan mereka untuk memahami apa yang dikatakan kerana tidak dapat melihat pergerakan mulut individu tersebut.

Disebabkan masalah tersebut, tiga buah negara iaitu Indonesia, Thailand dan Itali menjadi sukarelawan dalam menghasilkan topeng muka ‘transparent‘ untuk memudahkan golongan yang ada masalah pendengaran.

“Kami ingin memberi kemudahan kepada orang yang mengalami masalah pendengaran, serta penterjemah bahasa isyarat yang harus membaca banyak pergerakan bibir,” kata Patcharin Silparasmee dari Thailand.

“Jadi kami mengemukakan idea topeng ‘transparent‘, yang membantu pembacaan bibir,” katanya lagi.

Di Indonesia, sebanyak 24 topeng ‘transparent‘ dihasilkan dalam sehari selepas menghadapi kesukaran memahami golongan kurang pendengaran ini.

“Saya berjumpa dengan orang yang dapat mendengar dan memakai topengmuka dan mereka bercakap dengan saya, tetapi saya sukar memahami apa yang mereka bicarakan,” kata Faizah Badaruddin.

Di Itali pula, sebuah bengkel kereta bekerjasama dengan sebuah kilang tekstil bagi menghasilkan sendiri topeng ‘transparent‘.




Sumber: AJPlus