eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

UPDATE TERKINI: 69 Kes Positif Baharu Termasuk 12 Kes Import Dan Satu Kematian Hari Ini


Sebanyak 69 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 6,071 kes setakat Jumaat (1 Mei 2020), jam 12 tengahari.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu Sidang Media Perkembangan COVID-19 Di Malaysia yang berlangsung sebentar tadi.

Daripada 69 kes, 12 kes adalah kes import dan selebihnya adalah kes jangkitan tempatan.


Manakala dukacita dimaklumkan, terdapat satu kes kematian berkaitan covid-19 turut direkodkan dalam tempoh 24 jam sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 103 kes.



Sumber::KKM