eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Ustaz Ebit Lew Cari 100 Tukang Jahit,Tempahan Naik Mendadak



Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan di media sosial adik kepada pembekal kain jenama popular di Malaysia yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman sehingga menimbulkan kemarahan netizen.

Meskipun sudah membuat permohonan maaf secara terbuka, namun rata-rata netizen bertindak mahu memboikot jenama tersebut dan memilih butik pakaian jenama lain untuk persiapan sempena Syawal tidak lama lagi.,

Dalam pada itu, ada netizen memuat naik perkongsian di Facebook meminta orang ramai untuk menyokong perniagaan pakaian Ustaz Ebit Lew yang sudah banyak membantu golongan susah di negara ini.


Nampaknya cadangan netizen itu menyebabkan stok pakaian habis dijual sehinggakan Ustaz Ebit Lew memuat naik status mencari 100 tukang jahit di kilang pakaiannya bagi memenuhi semua permintaan pelanggan yang naik dengan mendadak.

Difahamkan, buat masa ini pembelian hanya boleh dilakukan menerusi atas talian kerana butik ditutup buat sementara waktu.

Syukur Alhamdulillah, semakin mencurah-curah rezeki Ustaz Ebit Lew sempena bulan Ramadan ini meskipun ada segelintir pihak kurang senang dengan sumbangan diberikannya bagi membantu orang susah sebelum ini.