eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Wartawan Tidak Berseluar Ketika Ditemubual Dari Rumah

Wartawan Will Reeve muncul pada hari Selasa dalam rancangan ‘Good Morning America’ untuk sebuah segmen yang membincangkan tentang farmasi menggunakan dron untuk memberikan preskripsi kepada pesakit.

Namun dalam temubual secara langsung itu, Reeve telah ditangkap tidak memakai seluar.

Menurut CNN, lelaki berusia 27 tahun itu menyediakan ruang siarannya sendiri termasuklah menetapkan kedudukan kamera. Namun dia gagal untuk memusingkan kamera pada sudut yang menyembunyikan kakinya.

Will Reeve pada mulanya kelihatan seperti dia mengenakan sut lengkap dalam rancangan tersebut, dan grafik lower third pada skrin menyorokkan juga kakinya.




Namun selepas selesai memberi kata-kata, grafik tersebut hilang dari skrin dan mendedahkan kakinya yang tidak berseluar. Beberapa penonton yang bermata tajam membawa ke Twitter untuk menegur Reeve tentang kejadian itu.

“Pakailah seluar…”








Reeve walau bagaimanapun meyakinkan netizen bahawa dia berseluar pendek dn memakai pakaian senaman di bawah sut tersebut.






 Sumber: Twitter