eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

7 Hari Mencintaiku 2 Lebih Emosi Jalan cerita semakin menyakitkan hati

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang bakal memasuki episod ke 17 nampaknya kian ‘bermain’ emosi dengan penontonnya. Jalan cerita serta plot yang semakin menyakitkan hati, membuatkan penonton lebih tidak sabar menantikan kesudahan drama adaptasi dari novel dengan judul yang sama.

7 Hari Mencintaiku 2 ini adalah kesinambungan kepada kisah hubungan antara Khuzairi dan Mia Adriana yang terpaksa berkahwin disebabkan permintaan bapa Mia. ‘Peperangan’ antara Mak Leha dan Mia Adriana dari musim pertama kembali dalam kesinambungan kisah rumahtangga mereka ini.



Turut membariskan ramai pelakon terkenal dan popular seperti Shukri Yahaya, Siti Saleha, Liza Abdullah, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi. Buat yang mengikuti drama ini pastinya tahu akan setiap watak antagonis memiliki sikap yang paling mengjengkelkan. Ditambah pula dengan sikap Mia Adriana yang dibintangi oleh Siti Saleha yang mudah mendengar cakap-cakap dari musuh dalam selimut untuk memusnahkan rumahtangganya.



Namun begitu, menerusi perkongsian dari Instagram Siti Saleha sebentar tadi menunjukkan teaser 7 Hari Mencintaiku 2 nampaknya lebih emosi.

“Sediakan tisu malam ni..” tulis Siti Saleha di ruangan kapsyen di perkongsiannya itu.