eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

“Bukti kerajaan PN telus & tak pilih kasih, salah tetap salah…” -Netizen

Menerusi laporan Berita Harian, Mahkamah Tinggi mendapati Datuk Seri Najib Razak bersalah terhadap semua tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya.

“Selepas menimbangkan semua keterangan, saya mendapati pendakwaan berjaya membuktikan semua tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC dihadapi tertuduh. Saya dengan ini mendapati tertuduh bersalah ke atas ketujuh-tujuh tuduhan,” Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

“Jangan sesekali tuduh mahkamah tidak adil…”

Sudah tentunya, ramai yang melontarkan pandangan dan pendapat mengenai pengadilan undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia hari ini.


“Sekarang terbukti apa yang didakwa selama ini…”

Sudah semestinya perkara ini membuatkan sesetengah rakyat Malaysia bersyukur dengan kepimpinan kerajaan ketika kini yang dilihat telus, adil dan tidak pilih kasih.





Jika dijatuhkan hukuman, Datuk Sri Najib boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama