eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

‘Cik Non marah guard’ Parodi Meletop bikin terhibur

Seperti biasa, menerusi parodi di Meletop penonton dapat menyaksikan pelbagai gelagat lucu daripada selebriti untuk menghasilkan video parodi dan yang paling disukai adalah gandingan Jihan Muse dan Bell Ngasri.

Biarpun begitu, sebenarnya ramai lagi selebriti yang berjaya menarik perhatian peminat segmen parodi di Meletop dimana penyanyi terkenal, Shiha Zikir juga antara yang pernah menjadi buah mulut warganet apabila dia juga berhasil membuat parodi.

Sekali gus, warganet turut gelak besar dengan bakat lawak yang ada pada dirinya dan terbaru pula, sekali lagi penonton Meletop terhibur gara-garanya.

Menerusi video terbaru yang dikongsikan melalui Youtube, parodi kali ini berjudul ‘Cik Non marah Pak Guard’ dan seperti biasa, Bell Ngasri tidak mengecewakan penonton dengan gelagat lucu namun Shiha Zikir juga tak kurang lawaknya.





sumber:meletop