eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Foto PM dan isteri Semat Pin di baju Suami,Dapat Pujian Netizen

Gambar tersebut memperlihatkan Puan Sri Norainee sedang menyematkan pin Veteran ATM di pakaian Perdana Menteri berjaya mencuri perhatian warganet.

Puan Sri penaung tabung pahlawan

Menurut kapsyen daripada sumber, tabung pahlawan yang bakal dilancarkan pada Ogos nanti adalah bagi mengutip sumbangan dari syarikat korporat dan individu rakyat bagi mengisi tabung pahlawan yang akan diagih-agihkan kepada veteran ATM yang memerlukan di seluruh negara.

Dalam kempen tersebut, Puan Sri Norainee bertindak sebagai penaung dan pastinya pihak Kementerian Pertahanan mengucapkan terima kasih di atas sokongan  Puan Sri serta Perdana Menteri terhadap veteran ATM khususnya kempen tabung pahlawan itu.

Tahniah Abah!

Sehubungan dengan itu, perkongsian yang dibuat di Facebook Menteri Pertahanan Malaysia telah menghadirkan ratusan komen daripada warganet.

Rata-rata mereka mengucapkan terima kasih keatas Perdana Menteri disamping memdoakan agar perdana menteri dan isteri terus dilimpahi rahmat daripada Allah S.W.T