eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Gara-Gara Gelang Kertas ‘Pink’ Disangka PUS Covid-19, Warga Emas Dikecam

Seperti kes yang tular ini, seorang lelaki warga emas tidak pasal menjadi mangsa kecaman orang ramai kerana dikatakan sebagai individu PUS Covid-19, selepas gambarnya memakai gelang pink di kedai makan tular.

Tak pasal-pasal abah viral

Justeru, anak kepada warga emas terbabit, dengan nama Nisa Salleh menerusi Facebooknya, muncul menceritakan perkara sebenar yang berlaku selepas wajah bapanya tular di media sosial dan dikecam ramai.




Terdapat pulak kertas warna pink

Sebenarnya, gelang pink yang dipakai itu hanyalah gelang kertas yang diberikan oleh pihak hospital sebagai prosedur di hospital tersebut, selepas bapa dan ibunya datang ke hospital Ampang untuk membuat temu janji dengan doktor.

Tetapi selepas selesai urusan di hospital, bapa dan ibunya singgah makan di kedai. Nak dijadikan cerita, bapanya lupa nak tanggalkan gelang kertas pink, jadi ada individu yang merakam dan mendakwa bapanya sebagai individu PUS Covid-19.

Saman orang yang suka-suka viral
Oleh itu, Nisa dan keluarganya telah membuat laporan polis dan mahu menyaman individu yang bertanggungjawab merakam dan menularkan wajah bapanya sehingga dituduh macam-macam.

Memang sekarang kita risau, tapi ia bukanlah alasan untuk kita sewenang-wenangnya boleh menuduh orang lain tanpa usul periksa terlebih dahulu.

Sumber : Nisa Salleh