Selepas menimang cahaya mata kedua pada 6 Jun lalu, pelawak Jep Sepahtu mendedahkan wajah anak lelakinya buat kali pertama untuk tatapan ramai.
Menerusi laman Instagram, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin memuat naik sebuah video memaparkan gelagat bayi yang diberi nama Muhammad Khidir itu.
Subhanallah! Anak abah
Posting berkenaan dihujani komen peminat dan pengikutnya yang memuji kecomelan bayi tersebut selain mendoakan agar Khidir menjadi anak soleh kepada kedua ibu bapa.
Muka macam abah!
Pelawak berusia 35 tahun itu turut membuka akaun Instagram untuk bayi berkenaan yang kini mempunyai seramai 3,091 pengikut.
Sumber: Jep Sepahtu , Muhammad Khidir