eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Jep Sepahtu Jumpa ‘kembar’ main Tiktok bikin warganet terhibur!

Asalkan kreatif pasti video yang pendek dihasilkan lalu dikongsikan menerusi aplikasi tersebut menarik perhatian ramai sehingga ada yang tular dan menjadi buah mulut netizen.

Walau bagaimanapun, pelawak dan penyampai radio terkenal, Jep berjaya membuatkan orang ramai gelak besar berkaitan aplikasi Tiktok.

Ini kerana, Jep yang juga merupakan ahli kumpulan Sepahtu memuat naik satu rakaman video Tiktok daripada seorang individu namun sempat menyakat orang ramai dengan mengatakan, individu yang dalam video ini membuatkan mereka akan menyangka bahawa itu adalah dirinya.

Menerusi rakaman di Instagram peribadi, perkongsian lucunya ini kerana pengguna Tiktok ini dikatakan mempunyai iras sepertinya sehingga posting Jep Sepahtu meraih ribuan tontonan dalam masa yang sekejap dan kini sudah ditonton lebih 700,000 kali.

“Mesti korang ingat aku dah mula Tik Tok kan?” ujar Jep di Instagram peribadinya.

Sebenarnya, bukan Jep sahaja yang acap kali dikatakan mempunyai iras dengan seseorang sehingga tular namun ramai lagi seperti Zizan Razak dan Achey juga pernah menjadi perhatian gara-gara ‘kembar’ mereka.

Biarpun begitu, ‘kembar’ Jep itu dikatakan memang sama dengan dirinya dan berjaya membuatkan peminat dan pengikut gelak besar malah isterinya, Sari Yanti turut tidak dapat menahan ketawa dengan perkongsiannya itu.

“Hahahaha…”

sumber: JEP SEPAHTU