Baru-baru ini pelakon jelita Ruhainies, telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27 dalam satu majlis yang dihadiri beberapa orang kenalan rapat.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon tersebut sempat berkongsi suasana di sekitar majlis hari jadinya yang disertakan dengan sebuah kek.
Kek ulang tahun jadi bahan lawak netizen
Namun, apa yang menjadi perhatian netizen adalah, kek tersebut yang sepatutnya menyerupai Ruhainies dilihat kelihatan agak melucukan dan mengundang tawa.
Tak tau la nak gelak ke nak sedih tengok cake hari jadi ruhainies 😅 pic.twitter.com/HzCS5R71zZ— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) July 25, 2020
Macam muka pondan tua jer
Sehinggakan, kek Ruhainies mula tular di Twitter dan menjadi bahan jenaka para warganet, kerana kek bertatahkan kepala wanita bersolek dengan rambut panjang mengurai itu disifatkan serba-serbi tak kena.
Sumber : Ruhainies & Twitter