eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Mahkamah Putuskan Najib Bersalah Atas 1 Pertuduhan Kes SRC

Selepas dua tahun satu bulan kes perbicaraan mengenai  kes penyelewengan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, hari ini, bekas perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menerima keputusan berkaitan hal tersebut.

Sejak awal pagi lagi, para penyokong beliau telah hadir ke pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi mengetahui keputusan sama ada Najib di dapati bersalah ataupun tidak.

Didapati bersalah atas 1 pertuduhan

Sebentar tadi, Ahli Parlimen Pekan itu telah didapati bersalah dalam satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa berhubung dana RM42 juta dari SRC International.

masih ada 6 lagi pertuduhan

Namun begitu, menerusi perkongsian seorang pengamal media di Twitter lagi, dia memaklumkan terdapat 6 pertuduhan yang sedang dibaca iaitu tiga berkaitan pecah amanah dan tiga lagi mengenai penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd. Hakim sedang menyampaikan alasan panghakiman.

Terdahulu, Najib telah dituduh dan dihadapkan ke mahkamah selepas berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International.