eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Pecah Perut Tengok Penyamar Kenakan Amy Mastura Dalam ICSYVM!

Semalam I Can See Your Voice Malaysia yang ditayangkan di TV3 bermula jam 9 malam menyaksikan episod ke 17 bagi musim ketiga. Amy Mastura hadir sebagai artis jemputan yang perlu meneka siapakah penyanyi sebenar dan penyamar bersuara sumbang.

Turut menyerikan episod ini, Maya Karin, Amyza Adnan dan Adzrin sebagai penyiasat jemputan. Seperti biasa gelagat panel penyiasat tetap iaitu Jihan Muse, Yusry Abdul Halim dan Mark Adam serta pasangan pengacara Sean Lee dan Shuk Sahar tidak pernah mengecewakan untuk membuatkan penonton terhibur.

Episod malam tadi sememangnya membuatkan Amy Mastura dan panel penyiasat keliru untuk membuat penyingkiran.

Pilihan yang keenam nampaknya Amy Mastura memilih penyamar bersuara sumbang untuk berduet dengannya. Memang pandai berlakon betul peserta ini! Lihat sendiri habis semua berdekah melihat gelagat Amy Mastura dan penyamar buat konsert di ICSYVM ini.



Amy Mastura sampai melatah terkejut mendengarkan suara penyamar ini. Apa-apa pun episod kali ini memang terbaik. Menjadi betul penyamar buat konsert di ICSYVM kali ini!