eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Penjual Nasi Lemak Pernah Tular Jualan Bersih & Tersusun Dijemput Illahi

Sebelum ini, pernah tular di media sosial mengenai sekeping gambar seorang penjual nasi lemak yang menyusun bahan-bahannya dengan begitu teliti dan bersih, sehinggakan menarik perhatian ramai warganet untuk merasai keenakan nasi lemaknya.

Bahkan, pelanggan yang menikmati nasi lemaknya turut memuji kerana nasi lemak itu dijual dengan harga yang berpatutan walau dalam kuantiti yang banyak.

Dah meninggal dunia…

Satu berita yang amat menduka citakan yang tular hari ini yang mengatakan bahawa, si penjual nasi lemak abang Rino ataupun nama penuhnya Mohd Marino Bin Bakar, telah pulang ke rahmatullah.

Salam takziah buah ahli keluarg abang Rino…

Sudah tentunya, pemergian abang Rino ini mengejutkan para pengguna Twitter dan nasi lemak air tangan arwah pastinya bakal dirindui.

“Arwah sakit jantung…”

Sekali lagi, salam takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: Twitter.