Mira telah memuat naik satu luahan rasa yang dikongsikan di IG story miliknya dimana dia seakan hilang minat untuk menggunakan media sosial.
Hal ini sehinggakan dia berasa memuat naik gambar untuk tujuan kerja adalah satu keterpaksaan. Jelas Mira lagi, pastinya dia tidak suka akan perasaan itu kerana aktiviti tersebut adalah komitmen yang perlu dilunaskan.
Tak nyatakan hal sebenar
Walaupun tidak menyatakan secara tepat perkara sebenar, namun pastinya hal tersebut membuatkan para peminatnya tertanya-tanya mengapa Mira meluahkan rasa sebegitu.
Kini tunangan orang
Terdahulu, Mira Filzah yang juga merupakan pengacara program Nona ini telah membuat pengumuman bahawa sudahpun menjadi tunangan orang dan sedang merancang ke fasa selanjutnya.
Hal ini dikuatkan lagi dengan pengakuan sendiri bakal mertuanya iaitu Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Yazid yang menyatakan bahawa keluarga mereka dan keluarga Mira sudahpun berbincang akan hal itu.
Sumber: Mira Filzah