PUTRAJAYA, 28 Julai – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dilihat meluahkan rasa kecewa terhadap situasi perhimpunan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Beliau menjelaskan, kerap kali pihak Kementerian Kesihatan (KKM) memberi peringatan kepada orang awam sebelum ini agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang penularan wabak COVID-19.
“Sudah terang lagi bersuluh setiap hari KKM mengingatkan rakyat Malaysia untuk patuh kepada SOP untuk penjarakan selamat sekurang-kurangnya satu (1) meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap cuci tangan.
“Sedih bila melihat keadaan begini tiada kawalan kendiri,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.
— BERNAMA (@bernamadotcom) July 28, 2020
Terdapat banyak gambar tular di media sosial hari ini yang memaparkan orang ramai berhimpun tanpa mematuhi SOP termasuk penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka dengan betul di luar kompleks mahkamah tersebut.
Sumber: KP Kesihatan, BERNAMA