eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sah bercerai 'jodoh kami sampai disini saja'

Rumah tangga pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sebelum ini menjadi perhatian ramai, walau bagaimanapun tidak disangkakan hubungan mereka itu akhirnya sudah berakhir.

Ini kerana menerusi Harian Metro, dilaporkan bahawa Sharnaaz Ahmad dan juga kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa itu sah bercerai pada 9 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Disahkan oleh Noor Nabila sendiri namun ujarnya dia bersyukur kerana proses berjalan dalam keadaan dia dan Sharnaaz dalam hubungan yang baik.

“Saya syukur proses ini berjalan dalam keadaan saya dan Sharnaaz dalam hubungan yang baik. Jadi kita terima dengan hati terbuka dan akur ketentuan Allah SWT.

“Kami anggap apa yang berlaku jodoh tak panjang dan tak pernah fikir jodoh kami sampai disini saja. Lagipun mana ada orang kahwin nak bercerai.” Ujarnya.

Noor Nabila dan Sharnaaz berkahwin pada 31 Mac 2017 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama, Jebat Jayden.

Oleh kerana itu, mereka berdua juga berharap boleh bekerjasama dengan baik bagi membesarkan anak mereka.

“Kami berdua berharap boleh bekerjasama dengan baik untuk besarkan anak tunggal, Jebat Jayden. Itu yang paling penting, Jayden tak perlu terkesan dengan apa yang terjadi antara kami. Kalau kami berdua boleh uruskan dengan baik, InshaAllah. Saya akan cuba apa terbaik untuk anak saya.”

Dalam pada itu, Noor Nabila juga berkata dirinya tidak bermusuh dengan Sharnaaz dan memberitahu bahawa dia merupakan ayah yang baik malah setiap hari datang melawat.

Sumber:HARIAN METRO