eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Sugu Pavithra Nak mulakan hidup baru,tak mahu apa-apa anugerah lagi

Sebelum ini, M. Sugu didakwa mencederakan S. Pavithra hanya disebabkan namanya tidak disebut ketika menerima anugerah Ikon bandaraya Ipoh beberapa hari lepas.

Maafkan suami
Namun, hari ini, Pavithra telah menarik balik laporan polis tersebut dan mengikat jamin suaminya kerana sudahpun memaafkan lelaki tersebut dan ingin memulakan kehidupan baharu.

“Saya sudah memaafkan suami atas apa yang berlaku dan kini mahu fokus kehidupan biasa.”
Nak jadi orang biasa

Dalam temu bualnya bersama Kosmo, Sugu Pavithra telah memaklumkan bahawa selepas ini mereka enggan lagi menerima sebarang anugerah kerana ingin menjadi seperti orang biasa dan YouTuber masakan yang tidak dikenali umum.

Rasa tak layak terima anugerah
Sugu Pavithra memaklumkan bahawa mereka tidak layak menerima anugerah Ikon Perak kerana lebih ramai lagi yang lebih baik dan bagus daripada mereka.

Kejayaan itu memang satu ujian

Sehubungan dengan itu, menerusi sumber, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai mengulas mengenai isiden tersebut.

Mereka juga menasihati agar pasangan ini meneruskan kehidupan seperti biasa dan memperbaiki diri masing-masing agar kejadian seperti itu tidak lagi berlaku.

Sumber:KOSMO