eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Sugu Pavithra Padam Semua Video Masakan Di Saluran YouTube

Sejak beberapa hari lepas, kisah YouTuber terkenal, Sugu Pavithra telah hangat diperkatakan. Kes M.Sugu yang mencederakan S.Pavithra itu tular dan mengejutkan banyak pihak.

Mana tidaknya, pasangan YouTuber ini sangat dikenali kerana menghasilkan video masakan yang menarik dalam bahasa Melayu sehingga mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia sendiri dan dianugerahkan pelbagai penghargaan.

Walau bagaimanapun, Pavithra telah bertindak memaafkan suaminya dan menarik balik kes polis itu. Pasangan tersebut juga turut memaklumkan bahawa tidak lagi mahu menerima apa-apa penghargaan dan ingin menjadi insan biasa sahaja.

Tiada sebarang video
Namun begitu, pada hari ini, akaun YouTube pasangan tersebut dilihat sudah tidak ada lagi sebarang video. Hal ini berkemungkinan mereka memadam content yang dihasilkan kerana semua video masakan mereka juga sudah tidak ada.

Akaun YouTube yang mempunyai 785 ribu pengikut ini pastinya menjadi tontonan warganet bagi mendapat resepi dan ingin mengetahui kisah kehidupan pasangan India yang terlihat bahagia.

Belum ada sebarang kenyataan

Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada pasangan tersebut berhubung video-video yang sudah tidak ada lagi di saluran YouTube mereka.

Terdahulu, M. Sugu telah ditahan dan direman atas dakwaan mencederakan isterinya S.Pavithra. Dia yang didakwa berada dalam keadaan mabuk telah bergaduh sehingga perkara ini dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Namun, keesokkan selepas ditahan, isterinya telah menarik balik laporan yang dibuat dan menjamin suaminya sebanyak RM10,000 serta turut memaafkan kelakukan tersebut.

Sumber: Sugu Pavithra