eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Tak Sempat Nak Sampai ke sekolah, Murid Darjah 3 Maut Kemalangan Terperosok Bawah Lori

Keterujaan seorang murid perempuan Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Melana, Durian Tunggal, memulakan persekolahan selepas 4 bulan bercuti susulan PKP berakhir dengan tragedi selepas terlibat dalam satu kemalangan maut.

Mangsa dikenali sebagai Nur Aqilah Husna Abdullah, 9, disahkan maut selepas motorsikal yang dinaiki bersama bapanya berusia 33 tahun, dirempuh oleh sebuah kenderaan ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Kereta tiba-Tiba datang dari depan

Dalam kejadian tersebut, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata sebuah kereta Proton Wira dari arah Pantai Belimbing menghala ke Melaka Pindah hilang kawalan lalu memasuki arah bertentangan.

Bapa mangsa cuba mengelak kereta tersebut, namun motorsikalnya dirempuh sebuah lori mengakibatkan mangsa terperosok di bawah lori terbabit sebelum disahkan meninggal dunia.


Elak kereta, motor dirempuh lori

Kemalangan tersebut melibatkan empat buah kenderaan, motorsikal mangsa, sebuah kereta Proton Wira, (MPV) jenis Toyota Alphard dan sebuah lori.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat manakala bapa mangsa dan pemandu Proton Wira yang cedera di kepala dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Pihak polis meminta saksi kejadian tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan.

Sumber : Sinar Harian