eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Telemovie Nurul Najwa Lakonan Intan Najuwa,Faizal Hussein

Tonton telefilem Nurul Najwa sempena Hari Ibu, diterbitkan oleh Maficomm Resources Sdn Bhd, skrip Najmie Maziez Mazelan dan diarahkan Hasnul Suhadi. Ditayangkan pada 9 Mei 2020 lalu di slot Panggung RTM TV1.

Para Pelakon

Vanidah Imran 
Intan Najuwa 
Faizal Hussein, 
Bella Dowanna, 
Izzya Reen, 
Shaida Ali

Sinopsis Telefilem Nurul Najwa

Najwa merupakan seorang kaunselor di sebuah pusat pemulihan akhlak. Beliau memilih haluan tersebut selepas bercerai dengan suaminya, Sulaiman yang menghalangnya untuk menjaga anak perempuan mereka, Fatin yang berusia 3 tahun ketika itu.

Najwa disayangi oleh pelatih di pusat pemulihan dan dipanggil sebagai 'ibu' oleh mereka seiring dengan kasih sayang yang dicurahkannya. Najwa menerima pelatih baru, Fatin yang bermasalah dengan ketagihan dadah.

Najwa mula rapat dengan Fatin untuk mendalami masalah yang dihadapinya seperti rutin kebiasaan yang dilakukan pada pelatih baru..