eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Tular foto ‘Lelaki Gelang Pink’,Polis serbu Restoran Al Mazhar

Jika sebelum ini kecoh pasal ‘Makcik Gelang Pink’, sekarang ini tular lagi satu lagi kes membabit seorang lelaki yang didakwa merupakan pesakit di bawah pengawasan (PUS) berkaitan wabak koronavirus (Covid-19).

Menerusi perkongsian di Facebook, Info Roadblock JPJ/POLIS, memaparkan beberapa foto serbuan dilakukan di Restoran Al Mazhar di Jalan Sungai Udang Klang oleh Anggota Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Klang Selatan.

Macam mana boleh lepas kerja?

Ia susulan daripada tularnya gambar seorang lelaki yang dipercayai pekerja di restoran tersebut memakai gelang pink yang dikhususnya untuk pesakit PUS Covid-19.


Polis serbu!

Dapat diperhatikan, sekumpulan anggota polis bersama-sama pihak tentera telah menyerbu premis berkenaan bagi memantau pelanggan restoran terbabit agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan.




Setakat ini, maklumat mengenai identiti sebenar lelaki ‘bergelang pink’ itu masih belum lagi didedahkan oleh pihak berkuasa. Tetapi diharapkan, penduduk di sekitar tempat itu perlu berhati-hati.