eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Viral Gabungkan Tarian Lagu Blackpink, 4 kanak-kanak hiburkan warganet!

Nampaknya, empat kanak-kanak ini sentiasa membuatkan peminat tidak jemu melihat mereka. Tular beberapa kali selepas bakat mereka yang berlakon dalam beberapa drama lucu sekali gus menjadikan mereka semakin dikenali dilaman sosial.

Ini kerana, penghayatan empat kanak-kanak viral ini juga apabila berlakon atau menghasilkan video membuatkan warganet terhibur kerana bakat mereka itu tidak semua ada.

View this post on Instagram

Mana jagoanmu 😍🤣

A post shared by GTLOSIAR (@gtlosiar) on


Walau bagaimanapun, dengan lebih mudah untuk mengikuti perkembangan empat kanak-kanak ini, ternyata melalui laman sosial, Gtlosiar di Instagram berjaya mempunyai ramai followers dengan diikuti hampir 200,000.

Apa yang menjadi perhatian terbaru dilaman Instagram mereka, seperti biasa selain video drama, mereka juga boleh menari dan sejak kebelakangan ini, empat kanak-kanak ini berjaya mencuit hati warganet apabila mereka menari lagu terbaru Blackpink berjudul How You Like That.


Bukan itu saja, mereka juga boleh menari lagu Bollywood namun kali ini mereka sekali lagi menghasilkan video dengan menggunakan lagu popular kumpulan Blacpink tersebut dimana sehingga kini, lagu How You Like That masih menjadi bualan hangat warganet.

View this post on Instagram

#howyoulikethat Rasa #solo #dududu #lathichallenge

A post shared by GTLOSIAR (@gtlosiar) on

Lebih menarik dan menghiburkan, empat kanak-kanak ini mengabungkan beberapa tarian dalam lagu Blackpink sebelum ini dan sempat menyelitkan tarian Lathi Challenge.

Sumber:GTLOSIAR