eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Ayat-Ayat Halal Lakonan Amar Baharin, Nadiya Nisaa

 

Tonton drama adaptasi novel 'Ayat-Ayat Halal' karya Syamnuriezmil yang bakal disiarkan di saluran RTM. Menampilkan gandingan Amar Baharin dadn Nadiya Nisaa. Drama 26 episod terbitan Global Station Sdn Bhd, arahan MP Roslin.

JUDUL : AYAT-AYAT HALAL
FULL EPISOD : 1-26 
TARIKH TAYANGAN : -
SIARAN TV : RTM 
PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil 
PENGARAH : MP Roslin  xx Azri Azhar. 
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd 
PELAKON : Amar Baharin, Nadiya Nisaa, Fikhree Bakar, Mia Nasir, Razak Ahmad, Fadilah Mansor, Lan Siro, Shah Rezza, Chiwan Chilok, Adam Malek

WATAK PELAKON
Amar Baharin sebagai Ebrahim Al Farez 
Nadiya Nisaa sebagai Ulya Ayani 
Fikhree Bakar sebagai Ustaz Hassan 
Razak Ahmad sebagai Pak Ayop 
Chiwan Chilok sebagai Hazmon 
Lan Siro sebagai Ulwan 
Shah Rezza sebagai Pak Ali

SINOPSIS AYAT-AYAT HALAL

Dek kerana kejutan tak menjadi, Ebrahim Alfarez terpaksa balik ke Malaysia, berpuasa sendirian. Lagipun dah lama dia tak balik sejak dia putus cinta dengan Murni, dua tahun yang lalu. Sejak itu dia berkurung di Qatar dan tak mahu pulang ke Malaysia.

Rindu dengan kek pandan maknya, Ebrahim pulang juga akhirnya. Tetapi kali ini dia bertemu dengan kek pandan buatan Ulya Ayani, anak Pak Cik Ayob, jiran sebelah rumahnya. Ebrahim telah jatuh cinta dengan kek pandan Ulya.

Sebab itu jugalah, Ebrahim terpaksa menyamar jadi ustaz untuk mengajar Pak Cik Ayob mengaji sambil-sambil nak menjual ayat-ayat halal kepada Ulya. Manalah tahu, tiba syawal, Ebrahim beristeri seperti yang mak Ebrahim selalu harapkan. Masalahnya, Ebrahim ingatkan Ulya faham ayat-ayat halalnya, rupanya tidak. Ulya lurus bendul!

Walaupun ada kekurangan, bagi Ebrahim, Ulya telah berjaya memenuhi tempat kosong dalam hatinya. Namun tempat kosong itu belum boleh di penuhi kerana Ulya merupakan sepupu rapat Murni dan turut diminati oleh Ustaz Hassan. Muncul pula lamaran anak Mak Cik Jah buat Ebrahim pening kepala.

Bagaimana Ebrahim hendak meyakinkan Ulya yang hanya Ulya yang layak mengisi tempat kosong dihatinya? Cukupkah ayat-ayat halal Ebrahim tu buat Ulya?

Kerana cinta itu hanya sempurna apabila dihalalkan!

Episod 1
Eb bercinta dengan gadis sekampungnya Murni dan akhirnya bertunang dengan gadis tersebut. Eb kemudiannya mendapat tawaran bekerja di Qatar dan Murni tidak setuju dengan keputusan Eb untuk bekerja di sana. Eb menerangkan yang dia memikirkan masa depan keluarganya dan disokong oleh ibunya, Mak Esah. Murni menyuruh Eb membuat pilihan samada dirinya atau menurut kehendak ibu Eb yang membuatkan Eb dalam dilema. 

Episod 2
Sewaktu pulang dari masjid, Eb disapa oleh Pak Ayop yang kemudiannya menjemputnya minum sambil bersembang di rumah. Pak Ayop memandang tinggi Eb yang bekerja di Qatar dan dia menyampaikan hasratnya untuk belajar mengaji Al-Quran dengan bantuan Eb. Demi untuk mengambil hati Ulya, Eb bersetuju untuk mengajar Pak Ayop mengaji. Dengan cara tersebut dia akan kerap bertandang ke rumah Pak Ayob dan berpeluang memerhati Ulya.

PROMO AYAT-AYAT HALAL


PARA PELAKON AYAT-AYAT HALAL
Lakonan Amar Baharin, Nadiya Nisaa
PARA PELAKON AYAT-AYAT HALAL2

PARA PELAKON AYAT-AYAT HALAL4