eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Telemovie Stesen Ke Daerah Qalbi Lakonan Fauziah Daud, Zul Huzaimy

Saksikan telefilem khas sempena Maal Hijrah bertajuk 'Stesen Ke Daerah Qalbi' arahan Khir Rahman pada Khamis ini pukul 11:05 pagi di TV1.

JUDUL : STESEN KE DAERAH QALBI
WAKTU SIARAN :  Khamis, 20 Ogos 2020, 11:05 pagi
SIARAN TV : TV1 (RTM)
PENULIS SKRIP : Siti Jasmina Ibrahim
PENGARAH : Khir Rahman
PRODUKSI : Eccentro Distro SDn Bhd
PELAKON : Fauziah Dato Ahmad Daud, Zul Huzaimy, Bohari Ibrahim, Akmal Ahmad, Roslan Madun, Tia Fatiha dan Neng Hayati

SINOPSIS STESEN KE DAERAH QALBI

Along sentiasa ke stesen keretapi dengan parang di tangan. Saiful yang bekerja di situ, sentiasa memerhatikan Along. Faizal yang telah ditipu dan hartanya disita kembali ke kampung. Faizal terusan menyalahkan banduan, Along yang telah menjadi punca dia hilang segalanya. Namun, sejak kembalinya Faizal, rutin harian Along ke stesen keretapi tidak berubah, lebih-lebih lagi apabila mengetahui Taming telah dibebaskan! Siapa Taming? Apa sebenarnya yang berlaku hinggakan Along digelar banduan? Benarkah tuduhan Faizal terhadap Saiful?