eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

GKP 2.0:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

 


APA ITU GKP 2.0

Bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan disamping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

SEMAKAN KELAYAKAN MEMOHON GKP 2.0

Memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020 ; atau
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020; dan
Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
Rujuk SEMAKAN STATUS KELAYAKAN GKP 

NILAI/KADAR BANTUAN GKP 

Jumlah nilai bantuan GKP  adalah RM3,000 secara one-off.

CARA PERMOHONAN GKP 2.0

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima.

TARIKH BUKA PERMOHONAN GKP 

Permohonan dibuka mulai 1-31 Oktober 2020 (1 bulan).

TARIKH KEPUTUSAN PERMOHONAN

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai 15 November 2020.

TARIKH PEMBAYARAN GKP 2.0

Pembayaran dijangka akan dibuat bermula 25 November 2020.

SOALAN LAZIM GKP 2.0

Saya berdaftar dengan agensi kerajaan (contohnya SSM dan Pihak Berkuasa Tempatan) tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, adakah saya layak memohon GKP ?

Layak. Pemohon hendaklah mengisikan butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan dalam talian semasa memohon.

Bilakah tarikh pembayaran GKP  akan dibuat?

Pembayaran dijangka akan dibuat bermula 25 November 2020.

Bagaimanakah kaedah bayaran GKP  dilaksanakan?

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pem ohon yang didaftarkan pada permohonan GKP . Akaun bank mestilah aktif.

Ada Akaun Bank – Berjaya Kredit dan akan dikredit ke akaun bank

Adakah semakan kelayakan GKP  akan dibuat dengan manamana Agensi Kerajaan?

Ya.