eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

563 Kes Baharu COVID-19 , Pulau Pinang Catat Lonjakan 141 Kes

 


PUTRAJAYA, 12 Okt – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 563 kes positif COVID-19 baharu hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan terkini meningkat ke 16,220 kes.

Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan, daripada angka tersebut, 291 kes adalah di Sabah.

Manakala Pulau Pinang pula mencatatkan lonjakan kes sebanyak 141 kes hari ini dan kesemuanya adalah Kluster Penjara Reman.

Sementara itu, 109 kes pulih dicatatkan menjadikan angka keseluruhan pulih setakat ini adalah 11,022 kes.




Sumber:KKM