eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Angkara Cinta Lakonan Hun Haqeem, Meerqeen

 




Nantikan drama bersiri 'Angkara Cinta' bakal ditayangkan di slot Tiara, Astro Prima. Drama 70 episod arahan Hadith Omar. Dibarisi pelakon seperti Hun Haqeem, Meerqeen, Wanna Ali, Yuna Rahim dan ramai lagi. Akan bersiaran mulai 2 November 2020, dari Isnin hingga Jumaat, setiap jam 6 petang di Astro Prima saluran 105 dan 125.

JUDUL : ANGKARA CINTA
EPISOD : 70
TARIKH TAYANGAN : 2 November 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 6:00 petang
SIARAN TV : Slot Tiara (Astro Prima & Prima HD)
PENULIS SKRIP : Amor Rizan, Rehal Nuharis, Dayang Kartinah Said, Akmal Nahar
PENGARAH : Hadith Omar
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Hun Haqeem, Meerqeen, Wanna Ali, Yuna Rahim, Nina Juren, Normah Damanhuri, Sharifah Shahora, Syazwan Zulkifly, Azhar Amir, Roy Azman, Ku Fridah, Hamidah Wahab, Lydiawati, Ayu Azlina, Hyrim Husni, Alynn Techen , Hadi Putra, Dayana Jasmin, Eden Lian, Alif Hadi, Alif Muhaimin, Faha Azhar, Mazli Razali, Nasz Sally, Oshin Ahmad, Nur Auni Zahra, Syed Irfan, Gen Darwish

WATAK PELAKON 
Hun Haqeem sebagai Luqman
Meerqeen sebagai Haqeem
Wanna Ali sebagai Adira
Yuna Rahim sebagai Jijie 
Syazwan Zulkifly sebagai Remy
Azhar Amir sebagai Razlan
Nina Juren sebagai Mariani
Sharifah Shahora sebagai Indah
Normah Damanhuri sebagai Nek Milah
Ku Faridah sebagai Puan Liza
Alif Muhaimin sebagai Dino
Nur Auni Zahra sebagai Adira
Syed Irfan sebagai Luqman
Gen Darwish sebagai Haqeem

LAGU TEMA / OST 
Lagu : Angkara
Penyanyi : Siti Nordiana 
Komposer : Sharon Paul 
Lirik : fedtri Yahya & nana Alias

SINOPSIS ANGKARA CINTA
Menceritakan tentang dua susuk yang kebetulan berkongsi nama yang sama iaitu Luqmanul Haqeem bin Razlan. Luqman dan Haqeem membesar dalam keadaan latar belakang keluarga yang sangat berbeza. Seorang dilimpahi kemewahan manakala seorang lagi dihimpit kemiskinan.
 
Setelah dewasa, ditakdirkan mereka berdua menjadi sahabat baik dan masuk ke Akademi Polis bersama-sama. Mereka berkongsi segalanya bersama, melakukan aktiviti dan rutin susah-senang berdua, tanpa mengetahui hakikat sebenar mereka rupanya adalah adik-beradik berkongsi bapa yang sama.
 
Mariani (ibu Haqeem) dan Razlan bernikah di sempadan dan Razlan melarikan diri ketik Mariani mengandungkan Haqeem. Razlan rupanya berkahwin dengan Indah dan mendapat anak, Luqman. Razlan dilarang oleh ibunya untuk kembali kepada Mariani dan membuat cerita yang Mariani sudah keguguran.

Akhirnya, setelah beberapa insiden berlaku, kisah benar akhirnya terbongkar bahawa Luqman dan Haqeem rupa-rupanya adik-beradik satu bapa. Sejak itu, hubungan mereka mulai dingin dan pelbagai konflik mula tercetus. Apatah lagi, Indah tidak selesa dengan kehadiran Mariani dalam hidup mereka.
 
Ditambah dengan dilema cinta yang dihadapi antara Luqman dan Haqeem yang kebetulan mencintai gadis yang sama iaitu, Adira. Bagaimana nasib Mariani dan Haqeem seterusnya? Adakah Razlan akan menebus kesilapan dan kekesalannya melepaskan tanggungjawab terhadap mereka dahulu?
 
Apakah Indah akan berdiam diri? Tidak mungkin dia akan membenarkan Razlan membawa Mariani ke dalam hidup mereka. Apatah lagi, ia melibatkan harta kekayaan mereka yang mungkin akan turut dinikmati Mariani dan Haqeem kelak. Bagaimana Adira mahu memilih cinta hatinya? Antara Luqman dan Hakeem, siapa yang berjaya memiliki Adira?