Drama Dia Bidadari Dari Syurga Lakonan Halim Radzi, Sharifah Husna - Keli Merah -->

Nantikan drama adaptasi novel Dia Bidadari Dari Syurga karya Syamnuriezmil akan disiarkan di saluran RTM. Menyatukan gandingan Halim Radzi dan Sharifah Husna. Drama terbitan Sazawan Supply Sdn Bhd arahan Izzman Hafiz. Akan disiarkan mulai 23 Oktober ini, setiap hari, pukul 10.00 malam di TV Okey.

JUDUL : DIA BIDADARI DARI SYURGA
EPISOD : 20
TARIKH TAYANGAN : 23 Oktober 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Ahad, 10:00 malam
SIARAN TV : TV Okey (RTM)
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Aina Hannez, Riqmal EG
PENGARAH : Izzman Hafiz
PRODUKSI : Sazawan Supply Sdn Bhd
PELAKON : Halim Radzi, Sharifah Husna, Julia Farhana, Dayana Roza, Shahkimin, Mahmud Ali Bashah, Syaffiq Sahli, Hafidz Roshdi, Aryan Naim, Nora Lunia, Ady Fakhruddin, Nurul Iman

WATAK PELAKON 
Halim Radzi sebagai Naqib Zakuan
Sharifah Husna sebagai Marissa Aisya
Julia Farhana sebagai Maisarah
Shahkimin sebagai Ikhwan Radzi
Hafidz Roshdi sebagai Raff
Aryan Naim sebagai Riff
Nora Lunia sebagai Julia

SINOPSIS DIA BIDADARI DARI SYURGA
Marissa Aisya atau Aris seorang graduan dari Melbourne University, Australia tiba-tiba disuruh jadi tea lady di syarikat abinya. Tanpa banyak soal Marissa ikutkan saja. Dia mahu jadi anak yang taat kepada abinya, kerana hanya abinya saja yang tinggal. Arwah umminya sudah lama meninggal dunia. Di pejabat, dia sering di buli oleh Naqib Zakuan, jurutera kekwat yang telah lama bekerja di syarikat abinya.

Zakuan yang baru putus cinta dengan Maisarah, sudah berjanji dengan ibunya yang dia mahu membawa balik kekasihnya ke Sungai Petani minggu itu. Daripada nak sebut nama Maisarah, tersebut nama Marissa. Tak pasal, Marissa kena jadi kambing hitam. Terpaksalah Zakuan membuat rancangan untuk memerangkap Marissa mengikutnya ke Sungai Petani berjumpa dengan ibunya.

Selepas diugut, Marissa akhirnya bersetuju untuk menolong Zakuan. Namun Marissa pecah rahsia kerana tidak mahu memberi harapan palsu pada ibu Zakuan yang di telah dijodohkan dengan calon pilihan arwah umminya. Sekali lagi Zakuan patah hati.

Berjayakah Zakuan melupakan Marissa yang sudah dia anggap bidadarinya? Atau, mengejar cintanya wpun Marissa sudah mahu berkahwin?

Drama Dia Bidadari Dari Syurga Lakonan Halim Radzi, Sharifah Husna

Load Comments

Notifications

Disqus Logo