eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Faizal Tahir Pun Sahut Cabaran Empat Dara "Dah 11 Tahun Saya Tunggu Orang Panggil Masuk"

Sejak berapa hari ini nyanyian semula lagu Empat Dara oleh Elly Mazlein telah menjadi satu fenomena luar biasa. Cara nyanyiannya dengan suara ‘tekan’ habis membuatkan ramai terhibur! Disebabkan cabaran Empat Dara ini, ramai selebriti dan orang ramai yang menyahut dan membuat rakaman versi mereka tersendiri.


Berikut adalah versi cabaran Empat Dara yang dihasilkan Elly Mazlein sendiri beberapa hari lalu:


 Amboi, memang ‘crack’ betul lahai gaya Elly Mazlein ini! Siap dalam karakter Mona dari drama Kampung People lagi. Manalah tidak terhibur dengan gelagatnya ini.


Biarpun begitu, baru-baru ini Faizal Tahir sahut cabaran Empat Dara pula dengan menggunakan caranya tersendiri. Berikut adalah video yang dimuat naik oleh Faizal Tahir sendiri menerusi laman Instagram miliknya:

Paling menang rasanya! Disahut cabaran ini menggunakan video lama yang pernah Faizal Tahir menyanyikan sebelum ini. Video Faizal Tahir sahut cabaran Empat Dara ini telah meraih lebih 500ribu tontonan dan 50 ribu likes. 


Sumber: Faizal Tahir