Tidak dinafikan, penjagaan muka sangat penting baik lelaki mahupun perempuan. Hal ini kerana, kulit wajah kita telah seharian terdedah dengan pelbagai kotoran. Jika tidak dicuci, muka akan berasa tidak selesa dan berminyak. Oleh itu, penjagaan seperti mencuci muka sangat penting bagi setiap orang.
Walau bagaimanapun, pasti ramai di antara kita yang pernah mengalami situasi ini dimana sering berasa takut dan membayangkan ‘sesuatu’ ketika mencuci muka. Situasi itu jadi semakin kuat apabila kita berada di kawasan-kawasan kampung dan juga selepas menonton cerita hantu. Maka, semakin banyak perkara yang dibayangkan dek kerana ketakutan.
terdapat seorang lelaki yang berkongsikan sebuah video berkenaan dengan situasi tersebut. Lelaki terbabit dilihat sedang melakonkan semula adegan-adegan terbabit dengan mencuci muka di dalam sebuah bilik air.
Lebih melucukan apabila pemuda itu juga telah mempercepatkan langkah mencuci muka apabila dia mula berasa ketakutan dan membayangkan hantu-hantu yang mungkin berada di hadapan dirinya seperti kebanyakkan orang.
Rata-rata warga netizen berasa terhibur setelah melihat rakaman video tersebut di samping terdapat segelintir warganet yang turut menyatakan perkara yang sama.