eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Jep Buat Hal,Sepahtu Reunion Tiru Gaya Budak 46 Bikin Gelak

 

Seperti biasa, Sepahtu Reunion Live antara rancangan lawak yang menghiburkan penonton dengan gelagat-gelagat lucu mereka. Walau bagaimanapun selepas sekian lama tidak bersiaran, malam tadi pula orang ramai dapat menyaksikan episod pertama.


Bersiaran menerusi Astro Warna pada jam 9 malam membuatkan hari peminat Sepahtu tidak kering gusi menonton kisah yang dilakonkan mereka dimana dalam lawak turut diselitkan pengajaran buat semua.


Dalam pada itu, turut ada kemunculan Yusry Abdul Halim dalam episod malam tadi. Biarpun begitu, ada netizen yang merasa kurang dengan episod pada kali ini namun ada yang merasakan mungkin kerana sudah lama tidak bersiaran.


Tetapi masih ramai yang tetap terhibur dengan gelagat-gelagat lucu dalam Sepahtu Reunion Live dimana Jep juga antara yang dipuji warganet dengan sikap sempoi pelawak dan penyampai radio itu dalam memainkan watak.


Malah, video pendek yang dikongsikan ini turut menarik perhatian ramai apabila Jep sempat membuat gaya seperti Budak 46 yang kini kian popular.