eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

MB Selangor Bantu Pemuda Baru Niaga Dah Disaman MBSA

 

Disebabkan bebanan itu, mereka mengambil inisiatif menjalankan pelbagai pekerjaan sampingan seperti berniaga kecil-kecilan untuk meraih pendapatan sendiri.


Jual pemanis mulut ‘carboot’

Seperti video yang tular di laman Twitter baru-baru ini, memaparkan seorang pelajar universiti yang dikenali sebagai Azri menjalankan perniagaan dengan menjual pemanis mulut secara ‘carboot’.

Menerusi video dikongsi oleh rakannya, @iszlqrn menunjukkan Azri membuka perniagaan berkenaan di sebuah kawasan tempat letak kereta di Shah Alam bertujuan untuk mencari pendapatan lebih sebelum memulakan sesi semester baharu di universiti.



Kena saman

Namun baru sahaja sempat menjual lima botol pemanis mulut berkenaan, mereka telah didatangi oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang sedang menjalankan operasi di kawasan tersebut.

Nasib tidak menyebelahi mereka apabila pihak MBSA bertindak memberikan saman kerana menjaja di kawasan yang tidak dibenarkan.

Berdasarakan video tersebut, dia memberitahu saman yang diterima bernilai RM300 sedangkan hasil jualan yang didapati ketika itu hanyalah RM75.

MB Selangor tampil bantu

Perkara itu nampaknya telah mendapat perhatian daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari apabila beliau memuat naik posting berkenaan di laman Twitter rasminya.

Menurutnya, beliau telah menghubungi Azri untuk mengetahui cerita yang lebih lanjut serta telah berhubung dengan MBSA bagi membantu urusan perniagaan pemuda berkenaan. 


sumber: iszlqrn , Amirudin Shari