eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Movie Mael Totey The Movie Lakonan Syahmi Sazli, Asif Suhaimi, Yoe Parey

 


Mael Totey The Movie merupakan sebuah filem Malaysia 2020 arahan youtuber Syahmi Sazli, dibawakan daripada drama pendek 'Mael Totey' yang pernah bersiaran selama lapan episod di saluran Youtube.

Dibintangi Syahmi bersama Asif Suhaimi dan Yoe Parey, filem dengan tagline “Kita lain, mereka sama” ini bakal ditayangkan di saluran Astro First mulai 22 Oktober 2020.

Karya yang memulakan penggambaran pada 12 Julai lalu ini disiapkan dengan perbelanjaan kos sekitar RM400,000.

Terdahulu, Syahmi, Asif dan Yoe Parey mencetuskan fenomena menerusi filem Syif Malam Raya arahan Datuk Profesor Dr A Razak Mohaideen yang memperoleh kutipan lebih RM3 juta dan turut ditayangkan di saluran Astro First.

Sinopsis

Mael, seorang pemuda lurus bendul berhajat memikat gadis jelita idamannya, Yaya.

Namun Yaya mengenakan syarat supaya Mael menguasai Bahasa Inggeris.

Ketika berusaha mempelajari Bahasa Inggeris, tanpa disedari Mael jatuh hati dengan 'teacher' yang mengajarnya.

Berlaku konflik antara Mael, Teacher dan Yaya yang penyelesaiannya mendapat campur tangan daripada empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.

Pelakon


Lakonan utama Syahmi Sazli, Asif Suhaimi, Yoe Parey, Emaleen Minhad, Aween Ismail, Wanie Rohaimie, Mohd Yatin dan Bedul. 

Turut dijayakan Daler Yusof, Anissa Faizul, Catriona Ross, Kamarool Yusoff, Aznah Hamid, Husyairi Hussin dan ramai lagi.

Pengarah Dan Syarikat Produksi


Arahan Syahmi Sazli menerusi produksi Syahmi Sazli Production.

Tarikh Tayangan



Mulai 22 Oktober 2020, tayangan di saluran Astro First (saluran 480) dengan harga langganan RM15 untuk siaran secara berulang-ulang selama 48 jam (2 hari).




sumber:syahmi sazli