eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Polis Bantuan KTMB Pakai Helmet Pengimbas Suhu

 


Sejak penularan wabak Covid-19, ramai pihak telah bertungkus lumus untuk melakukan pelbagai alternatif bagi membasmi penyakit tersebut. Selain daripada frontliner, rakyat juga telah mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan seperti penjarakkan sosial dan memakai pelitup muka demi mengatasi perkara terbabit.

Baru-baru ini, KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad) juga telah memperkenalkan langkah terbaharu iaitu helmet berteknologi canggih. Helmet pengimbas suhu ini dikatakan akan dipakai oleh polis bantuan yang bertugas di sekitar KTMB untuk mengesan suhu bagi setiap pengunjung yang hadir ke kawasan tersebut.


Polis bantuan berkenaan telah dilihat sedang menjalankan tugas sambil memakai helmet pengimbas suhu tersebut ketika membuat rondaan. Helmet yang berteknologi canggih itu bukan sahaja dapat memudahkan para polis bantuan untuk mengesan suhu bahkan turut dapat mengenal pasti penumpang yang bergejala.




Ternyata, usaha KTMB tersebut adalah untuk meningkatkan tahap keyakinan para penumpang untuk menggunakan perkhidmatan mereka dengan lebih tenang dan selesa. Rata-rata warga netizen berasa kagum dengan alternatif yang diambil oleh pihak KTMB bagi memudahkan masyarakat.