eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

“Saya Kini Menjalani Rawatan Kerana Disahkan Positif COVID-19 Oleh KKM” – Dr. Zulkifli

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan bahawa beliau kini sedang menjalani rawatan kerana disahkan positif COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menerusi kenyataan yang dimuatnaik di laman Twitter miliknya, Dr Zulkifli juga menyeru orang ramai yang hadir ke majlis yang melibatkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.

“Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik.

“Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada COVID-19. Insya-Allah,” katanya.



 Sumber: Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri