eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

(Video) UPDATE TERKINI: 660 Kes Terbaru COVID-19, 5,345 Keseluruhan Kes Aktif


PUTRAJAYA, 13 Okt – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 660 kes baharu jangkitan COVID-19 direkodkan hari ini.

Angka tersebut menjadikan kes kumulatif kini meningkat ke 16,880 kes dengan kes aktif yang turut meningkat ke 5,345 kes.

Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, hanya dua kes import sahaja dikesan, iaitu seorang dari India (di Labuan) dan seorang dari Nepal di Kuala Lumpur.

Manakala 658 kes berikutnya merupakan kes penularan tempatan, melibatkan 618 kes warganegara dan 40 kes lagi bukan warganegara.

Dalam pada itu, terdapat 350 kes pulih dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan pulih ke 11,372 kes bersamaan 67.4 peratus.

Kes pulih hari ini merupakan kes tertinggi yang pernah direkodkan sejak COVID-19 bermula di negara ini.



sumber:KKM