(Video)TERKINI:871 Kes Positif Baharu Covid-19 Tertinggi Pernah Dicatatkan,Dan 701 Sembuh - Keli Merah -->

Sebanyak 871 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara sekaligus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 20,498 setakat Ahad (18 Oktober 2020), jam 12 tengahari.

Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 telah meningkat kepada 7,049 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Daripada 871 kes positif, terdapat lima kes import di negeri Selangor yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala selebihnya adalah penularan tempatan.

Pesakit yang sembuh telah meningkat sebanyak 701 orang pada hari ini di mana menjadi jumlah kes sembuh tertinggi sejak Covid-19 melanda negara.

Ianya sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 13,262.

Sehingga kini, terdapat 86 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala, terdapat tujuh (7) kes kematian sekaligus menjadikan jumlah kematian Covid-19 di negara ini meningkat kepada 187 orang.

Angka 701 adalah jumlah kes sembuh dilaporkan hari ini dan ia adalah jumlah kes sembuh tertinggi pernah dilaporkan dalam satu hari! Terima kasih petugas-petugas kesihatan! Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes sembuh adalah sebanyak 13,262 kes.

(Video)TERKINI:871 Kes Positif Baharu Covid-19 Tertinggi Pernah Dicatatkan,Dan 701 Sembuh

Load Comments

Notifications

Disqus Logo