eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Air Mata Jantan Azwan Ali Gugur Disoal Tentang Ziana Zain “25 tahun kena reject…”

 

Siapa yang kenal dengan pengacara bermulut lantang, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA, pasti tahu berkenaan kisah cintanya terhadap penyanyi terkenal, Ziana Zain.

Perasaannya terhadap pelakon Sembilu itu bukan satu rahsia dan telah diluahkan secara umum sejak zaman muda mereka lagi, dan walaupun cintanya ditolak, Diva AA nampaknya tidak pernah move on dari perasaannya itu berdasarkan beberapa posting yang tular baru-baru ini.

Antaranya adalah perkongsian oleh pengacara Lagu Cinta Kita 2 itu sendiri di laman Instagramnya yang mana dia berkata dia telah termimpikan wanita idamannya itu dan meminta peminat untuk mentafsir mimpi tersebut.

Dalam episod terkini Lagu Cinta Kita 2 pula, sekali lagi selebriti tersebut mengungkit tentang cintanya yang ditolak apabila Ziana Zain menjadi artis jemputan rancangan tersebut.




“Saya kenal Ziana dah lama. Jangan judge (hakimi) kami dan saya menghormati Ziana sebagai seorang kawan yang begitu lama saya kenal,” katanya.

Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA dalam keadaan teresak-esak turut memohon maaf kepada ibu bapa Ziana kerana sudah lama mereka tidak bertemu antara satu sama lain.

“Saya minta maaf kepada Pak Zain dan Cik Robiah. Lama saya tak jumpa,” katanya.

Dalam pada itu, Ziana yang dijemput sebagai tetamu undangan menerusi program itu semalam mengatakan orang lain tidak kenal Azwan sebagaimana dia mengenali pengacara sensasi itu dan mereka tetap bersahabat baik.

“Orang kalau tak kenal diknon (panggilan manja buat Azwan), mereka tak kenal. Walaupun orang gosipkan saya dengan diknon macam-macam tetapi hubungan saya dengan dia, kita sahabat.

“Walaupun bertahun saya tak jumpa dia, saya selalu telefon dan bertanya khabar. Sahabat dan kawan itu adalah dua pengertian yang berbeza,” katanya.