Dalam siri Netflix terbaru iaitu The Queen's Gambit, watak utamanya iaitu Elizabeth Harmon atau Beth mempunyai bakat semulajadi dalam permainan catur dan juga dibantu oleh Mr. Shaibel yang merupakan orang yang pertama memperkenalkannya kepada permainan ini.
Namun, Beth juga banyak berhutang budi dalam setiap kemenangan yang dikecapi, kepada pil hijau yang diambilnya.
Disebabkan oleh kebergantungan Beth yang begitu dahsyat terhadap pil ini, pastinya ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya pil magik ini?
Adakah pil hijau itu ubat sebenar?
Walau bagaimanapun, ubatan itu muncul semula dalam siri itu apabila ibu angkat Beth diketahui mempunyai preskripsi sendiri, dan Beth sekali lagi menjadi bergantung kepada pil hijau itu.
Pada ketika ini, diketahui bahawa pil hijau ini dikenali sebagai "Xanzolam", yang mana bukanlah nama ubat sebenar.
Namun, ia kelihatan serupa dan kesannya adalah sama dengan ubat sebenar yang popular pada tahun 1960-an, zaman di mana siri ini dihasilkan.
Adakah pil hijau ini berdasarkan ubat sebenar?
Jawapannya adalah ya. Pil ini mirip dengan librium atau chlordiazepoxide, sejenis ubat penenang benzodiazepine yang dipaketkan dalam kapsul hijau yang serupa dengan Xanzolam dalam The Queen's Gambit.
Setelah dipatenkan pada tahun 1958 dan ubat ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 1960-an sebagai rawatan untuk kegelisahan atau insomnia dan sering digunakan untuk membantu menangani gejala yang berkaitan dengan alkohol atau dadah.
Ia mula digunakan secara meluas sehingga menjadi keterlaluan pada pertengahan tahun 1970-an, membuatkan Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA) menerapkan peraturan yang lebih ketat ke atas Librium kerana kelebihan preskripsi dan potensi penyalahgunaan yang tinggi.
Ubat penenang ini dilaporkan banyak dipasarkan kepada wanita muda dan suri rumah yang sihat secara fizikal tetapi bergelut secara mental, mungkin disebabkan oleh rasa tidak puas hati dengan kedudukan mereka di pertengahan abad ke-20 di Amerika Syarikat.
Kesan sampingan librium