Bapa Kecewa Pembunuh Adib Masih Tidak Kemuka Pengadilan - Keli Merah -->

Semalam, genap dua tahun tragedi rusuhan berhubung pemindahan tapak kuil Sri Maha Mariamman sehingga menyebabkan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Meskipun begitu, penjenayah yang terbabit dalam kejadian tersebut masih belum dibawa ke muka pengadilan sekali gus mengundang kesedihan bagi keluarga Allahyarham.

Bapa Allahyarham iaitu Mohd. Kassim Abdul Hamid masih menaruh harapan tinggi agar kematian anaknya akan mendapat pembelaan satu hari nanti.

“Kerinduan dan kesedihan kami masih mendalam terhadap arwah. Bila rindu, hanya doa supaya kes ini segera menemui pe­ngakhiran dan penjenayah dibawa ke muka pengadilan.

“Walaupun sudah dua tahun berlalu kami masih mengharap dan akan terus mengharap,” kata bapa berusia 64 tahun itu.

Selain itu, beliau turut kecewa apabila tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak terbabit berikutan keputusan inkues kes arwah anaknya sebelum ini.

“Sekarang kami masih me­nunggu apa tindakan pihak polis walaupun Mahkamah Koroner putuskan kematian Muhammad Adib akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu tidak dikenali.

“Bukan itu sahaja mahkamah juga merumuskan kegagalan polis dan FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan) mengawal rusuhan juga menjadi faktor kepada kematiannya.

“Peguam kami sudah minta polis segerakan siasatan tetapi sehingga sekarang kami masih menunggu,” ujar pesawah dari Kampung Tebengau, Kuala Kedah itu.

Bagaimanapun, Mohd. Kassim tidak putus harapan dan terus berdoa agar kematian Adib terbela selain menziarahi kubur setiap kali merindui Allahyarham.

Terdahulu, Allahyarham meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN) selepas 21 hari bertarung nyawa.

Sumber: Kosmo! 

Bapa Kecewa Pembunuh Adib Masih Tidak Kemuka Pengadilan

Load Comments

Notifications

Disqus Logo