eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Bidadari Salju Lakonan Sweet Qismina, Adam Lee Adaptasi Novel

 


Tonton drama adaptasi novel 'Bidadari Salju' Full Episod karya Mia Kiff di slot Akasia TV3. Manggandingkan pelakon utama Adam Lee dan Sweet Qismina. Drama bersiri 28 episod arahan Reza Badarudin, terbitan A.Aida Production. Akan disiarkan pada bulan Disemmber nanti.


JUDUL : BIDADARI SALJU

EPISOD : 28

TARIKH TAYANGAN : 15 Disember 2020 

WAKTU SIARAN : Isnin-Jummaat, 7:00 malam

SIARAN TV : Slot Akasia TV3

PENULIS SKRIP : PGRs Team, Tinta Jingga, Rofa Azzahra

PENGARAH : Reza Badarudin

PRODUKSI : A.Aida Production Sdn Bhd

PELAKON : Sweet Qismina, Adam Lee, Nazrief Nazri, Zaki Azeman, Syazuwan Hassan, Jasmine Suraya, Fimie Don, Chacha Maembong, Jaja Iliyes, Zulkifli Ismail, Rosnah Johari, Lisdawati, Lan Zailan, Silfeny Osman, Aqil Taqeeuddin, Siti Khadijah , Nizam Kama, Ainaa Azhari, Puteri A'teeqah, Damia Qaissarah 


WATAK PELAKON

Sweet Qismina sebagai Kayra

Adam Lee sebagai Hariz

Nazrief Nazri sebagai Wan Hakimi

Zaki Azeman sebagai Aiman

Syazuwan Hassan sebagai Raqib

Fimie Don sebagai Naufal

Chacha Maembong sebagai Dania

Jaja Iliyes sebagai Anita 

Aqil Taqeeuddin sebagai Hafizan

Siti Khadijah sebagai Marissa

Nizam Kama sebagai Asyraf

Puteri A'teeqah sebagai Athira 

Damia Qaissarah sebagai Yaya


LAGU TEMA / OST 

Mimpi - Haqiem Rusli

 

SINOPSIS BIDADARI SALJU

Mengisahkan Kayra yang sering menjadi mangsa buli dan selalu dihina di sekolah kerana paras wajahnya yang tidak cantik, penampilannya yang selekeh dan kemiskinannya. Hariz, pelajar seniornya selalu mencari fasal dengannya hampir setiap hari. Hariz terlalu membenci gadis ini hingga dia tergamak melemparkan fitnah yang meragut maruah dan harga diri gadis ini sehingga dia dipulaukan oleh ayah sendiri dan orang kampung. 8 tahun berlalu, Kayra akhirnya berjaya bangkit dari kejatuhan itu dan berjaya dalam hidupnya. Namun akibat kisah silam yang memeritkan membuat dia membenci lelaki, cinta dan perkahwinan. Hariz sentiasa dibayangi dosa-dosa silamnya dan Kayra tidak pernah lupus dalam ingatannya. Dalam diam, rasa cinta tiba-tiba mekar dalam hatinya. Memang jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Rupa-rupanya lelaki yang dibenci dan didendami sampai mati ini adalah jodohnya.