Artis versatil, Alif Satar yang sedang menerima rawatan akibat positif Covid-19 berkongsi rasa teruja apabila dihubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini.
Menerusi Instagram, penyanyi lagu Sesungguhnya Aku itu memuat naik tangkapan skrin ‘video call’ mereka serta turut menerima sepucuk surat dan buku yang ditulis sendiri oleh bekas mufti Wilayah Persekutuan itu.
“Alhamdulillah terima kasih banyak-banyak semoga Allah SWT merahmati dan membalas jasa baik Ustaz Zul sekeluarga.. insyaAllah,” ujarnya.
Terdahulu, Alif yang tidak mempunyai sebarang gejala disahkan positif Covid-19 sebelum ditahan di Hospital Melaka pada Ahad lalu.
Sumber: Alif Satar