eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Polis Terima Satu Lagi Laporan, Membabitkan Pedakwah Muda Cabul Pelajar Kolej Pula

 


satu lagi khabar tidak enak didengar apabila pendakwah selebriti itu disiasat dengan satu lagi kes berhubung dakwaan seorang pelajar kolej berusia 22 tahun dicabul dan dipaksa melakukan seks oral oleh pendakwah tersebut.

Laporan mengenai makluman awal kes cabul tersebut telah dimuat naik oleh seorang wartawan di Twitter dengan menyatakan tarikh kejadian itu berlaku adalah pada 17 Oktober lalu.



Mangsa dipelawa ke rumah suspek

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal memetik laporan yang dibuat Sinar Harian, mangsa telah dipelawa oleh suspek jam 1 pagi untuk ke rumahnya di Damansara Perdana bagi mengajar ilmu pemasaran perniagaan.

“Mangsa berusia 22 tahun itu mendakwa suspek telah mempelawa ke rumahnya di Damansara Perdana di sini pada jam 1 pagi, 17 Oktober lalu.” 

“Semasa di rumah suspek, mangsa telah dicabul dan dipaksa melakukan seks oral.” Katanya.

Pelajar kolej tempatan itu telah mengalami trauma dan kini mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Suspek masih ditahan berhubung kes dakwaan rogol

Tambah Ni Ezanee lagi, suspek kini masih lagi  ditahan reman di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam berkaitan kes rogol yang disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.