Ultraman Ribut adalah satu karakter dari siri Jepun, Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy. Dalam siri ini, sekumpulan adiwira bertugas menjaga alam angkasa dari penjahat. Siri ini menadapat perhatian ramai dengan salah satu karakternya iaitu Ultraman Ribut.
Ultraman Ribut sebelum ini pernah muncul dalam siri animasi kebanggaan Malaysia, Upin dan Ipin. Difahamkan ia adalah hasil dari kerjasama Tsuburaya Productions dan Les’ Copaque. Biarpun Ultraman Ribut belum lagi memiliki sirinya sendiri, namun ia adalah salah satu karakter dalam Galaxy Resque Force, pasukan yang menjaga alam angkasa.
Dalam episod 2 Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy, Ultraman Ribut berlatih untuk memperkuatkan lagi kuasanya demi menyelamatkan Ultraman Max. Menerusi episod inilah watak Ultraman Ribut berlawan guna silat dan meraih perhatian ramai.
Ultraman Ribut bersilat. pic.twitter.com/6cnzchJPeP
— لوق سورا (@luksura) November 29, 2020
Malah individu ini turut berkongsikan video penceritaan bagaimana karakter Ultraman Ribut ini wujud dan keunikannya. Berikut adalah perkongsian pemilik akaun Twitter tersebut:
Yang kata Ultraman Ribut buat Taichi, Wing Chun dan sebagainya boleh tonton video ni pic.twitter.com/Ppor1HWUat
— لوق سورا (@luksura) November 29, 2020
utuk korang yang ingin tonton untraman ribut boleh la ke ウルトラマン公式 ULTRAMAN OFFICIAL by TSUBURAYA PROD.