eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Akhirnya Michael Ang Dan Noraniza Idris Saling Bermaafan Di AME2020




Terbaru penyanyi lagenda, Noraniza Idris dan sutradara kontroversi, Michael Ang masing-masing memohon maaf secara terbuka berhubung isu panas mereka sebelum ini.


Menurut Noraniza, tujuan dia ingin bertemu secara empat mata bukan untuk bergaduh tetapi lebih kepada mengenali.

"Saya tak kenal Michael secara peribadi. Saya nak jumpa bukan untuk bergaduh tetapi untuk mengenali.

"Kebetulan ada isu saya terpanggil nak jumpa Michael secara peribadi. Harini saya dapat jumpa.

Sementara itu, Michael menegaskan dia menerima segala komen negatif tetapi bukan berkait dengan keluarga dan agama.

"Sejujurnya saya rela hati nak jumpa Noraniza. Saya boleh terima kalau netizen nak komen negatif.

"Tetapi bila sentuh bab agama saya sensitif. Saya tahu bukan dari Noraniza.

"Sesiapa saja yang tulis saya minta maaf. Saya minta maaf dengan Noraniza," katanya lagi.

Terdahulu, pada peringkat separuh akhir minggu lepas, Michael dilihat lantang memberikan komen persembahan peserta Gegar Vaganza ketujuh menerusi Twitter.

Nama Noraniza antara penyanyi yang sering mendapat kritikan pedas dan negatif daripada pengarah itu.

Sehubungan itu, Noraniza meluahkan hasrat ingin bersemuka dengan pengarah itu selepas tamat program berkenaan.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila seorang pengguna Facebook menyentuh isu status mualaf Michael dan mempersoalkan tujuan utamanya masuk Islam kerana ingin mendapatkan simpati dan populariti.