Anugerah Meletop Era (AME) 2020 - Keli Merah -->

Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) kembali menghangatkan kaca TV anda dengan membawa tema 'Epik Glam' menerusi tagline - Yang Epik, Yang Lagend.

Pengajuran edisi ketujuh ini masih mengekalkan format penjurian yang meletakkan peminat sebagai penentu keputusan bagi kesemua 15 buah kategori utama yang dipertandingkan.

AME 2020 bagaimanapun sedikit berbeza memandangkan penganjuran tahun ini akan berpaksikan norma baharu dalam menurut SOP yang ditetapkan kerajaan sebagai usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Berlangsung dalam skala kecil, Nabil Ahmad dan Jihan Muse bakal memegang mandat sebagai pasangan pengacara, manakala juruhebah Era, Radin dan penyanyi Cik Manggis (De Fam) pula mengambil peranan sebagai hos karpet merah yang dibawakan oleh Astro GO.

Seperti lazimnya, barisan artis ternama diberi penghormatan untuk menyampaikan trofi, selain pentas anugerah berprestij itu bakal digegarkan oleh deretan penghibur terhangat masa kini.

Berikut adalah senarai artis yang terlibat:-

Senarai Artis / Penyanyi Yang Membuat Persembahan

Anuar Zain, Misha Omar, K-Clique, Floor 88, Haqiem Rusli, Ernie Zakri, Yonnyboii, Dolla, Aina Abdul, Wany Hasrita, Andi Bernadee, Zynakal, Ismail Izzani, Shiha Zikir dan ramai lagi.

Senarai Penyampai Trofi

Siti Nordiana, Khai Bahar, Syafiq Kyle, Nabila Razali, Janna Nick, Hun Haqeem, Cik B, Ayda Jebat, Nabil Mahir dan Danial dan Radin (ERA).

Lagu tema AME 2020 yang dicipta komposer Navin D’Navigator, telah dirakamkan oleh penyampai radio ERA, penyanyi dan bintang rap popular iaitu Dina Nadzir, Syamel, Tuju (K-Clique) dan Sophia Liana (De Fam).

Terdahulu, AME 2020 yang sepatutnya diadakan pada 12 April lalu, ditangguhkan berikutan penularan pandemik COVID-19 yang memuncak di seluruh negara, mahupun dunia.

AME 2020 ke udara secara langsung pada 20 Disember 2020 di saluran Astro Ria, dibawakan dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Anugerah Meletop Era (AME) 2020

Load Comments

Notifications

Disqus Logo